Saturday, May 24, 2025

MOHON SEMUA SUPPORT MISI EVEREST 2026


MOHON SEMUA SUPPORT IMPIAN PENDAKI MUDA NEGARA, MUHAMMAD SYAHRULNIZAM UNTUK MENDAKI KE PUNCAK EVEREST TAHUN 2026... DUA TAHUN TERPAKSA TUNDA NI.... SEDIKIT DARIPADA ANDA, BESAR BAGI MEREALISASIKAN IMPIAN KE PUNCAK EVEREST. KORANG HANYA KLIK LINK INI UNTUK MEMBANTU

KLIK DI SINI UNTUK MEMBANTU


KLIK DI SINI UNTUK MELIHAT MISI EVEREST SYAHRULNIZAM YANG TERPAKSA DI TUNDA



Thursday, May 22, 2025

MISI EVEREST 2026, MUHAMMAD SYAHRULNIZAM

Berikut latar belakang dan maklumat terkini mengenai Muhammad Syahrulnizam, pendaki muda negara yang berazam untuk mendaki ke puncak Gunung Everest tahun 2026.

Nama Penuh : MUHAMMAD SYAHRULNIZAM BIN MOHD NOOR
Tarihk Lahir : 13 Jun 2004
Asal : Terengganu Tinggal di Selangor.
Pendidikan : Pelajar Diploma Pengurusan Sains Rekreasi, Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam.

Pencapaian Sejak Kecil
2008 - Pada usia 4 tahun, menawan puncak Gunung Kinabalu dan mendaki tangga Menara Kuala Lumpur yang diiktiraf sebagai pendaki tangga termuda yang diiktiraf oleh The Malaysia Book of Records.

Pengalaman Mendaki
2022 Trekkiing ke Everest Base Camp danLatihan teknikal di Yala Peaks (5520m) Banjaran Himalaya
2023 Latihan teknikal ais Yala Peaks, Langtang Nepal
2024 Latihan kecergasan Gunung Rinjani Lombok Indonesia
Latihan altitud tingga di sekitar Tilicho Lake (4919m) Thorong La Pass


MISI EVEREST 2026
Muhammad Syahrulnizam merancang untuk menawan puncak Gunung Everest sejak tahun 2024 lagi, tetapi oleh kerana kekangan dana ianya terpaksa ditunda kepada tahun 2025, namun ianya ditunda lagi ke tahun 2026 disebabkan kos yang semakin meningkat dan kekurangan dana. Beliau mempunyai objektis yang tersendiri di sebalik menawan puncak yang tertinggi di dunia.
SOKONGAN DAN BANTUAN
Misi Everest 2026 yang akan dilakukan oleh Muhammad Syahrulnizam memerlukan sokongan dari segi kewangan, tajaan dan moral. Dana yang dikumpulkanakan digunakan sepenuhnya untuk keperluan latihan, peralatan, permit pendakian, sokongan logistik, keselamatan, kos ekspedisi di Nepal.

Untuk maklumat lanjut atau ingin membuat sumbangan kepada misi ini, Anda  TEKAN LINK INI UNTUK MENYUMBANG





Monday, May 19, 2025

SYAHRULNIZAM SEDIH "MISI EVEREST" DI TUNDA LAGI


Pendaki muda negara, Muhammad Syahrulnizam sedih kerana Misi Everest terpaksa di tunda lagi kerana kekurangan dana untuk membiayai segala perbelanjaan termasuklah pembayaran kepada agensi pengurusan Nepal, permit pendakian, pembelian peralatan dan pakaian khas dan kos latihan.

Menjalani latihan teknikal di sekitar puncak Yalla Peaks, Langtang, Nepal

Muhammad Syahrulnizam merupakan pelajar Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam menjalani latihan sejak tahun 2022 dan sepatutnya Misi Everest pada tahun 2024 tetapi terpaksa di tunda ke tahun ini (2025) untuk merealisasikan impian remaja Malaysia berdiri megah di puncak Everest.

Pelbagai usaha dilakukan oleh team untuk mendapatkan dana bagi menampung kos, namun begitu, usaha yang dilakukan masih gagal mendapat tempat daripada agensi kerajaan dan syarikat korporat di negara ini. 


Kegagalan untuk mendapatkan penajaan dan sokongan membuatkan Misi Everest terpaksa di tunda lagi kepada tahun depan (2026). Adalah menjadi harapan agar mana-mana pihak boleh membantu bagi menjayakan impian belia negara yang ingin mencipta nama atas nama 'Saya Rakyat Malaysia' boleh sebaris dengan para pendaki profesional dunia.

Walaupun terpaksa di tunda, beliau tetap menjalani latihan kecergasan (fizikal dan mental) bagi memastikan berada dalam keadaan yang bersedia untuk menggalas cabaran atas nama Malaysia nanti.

Sebelum ini, semua kos ditanggung sendiri dan juga daripada keluarga, tetapi untuk meneruskan latihan latihan teknikal climbing ice di Banjaran Himalaya yang dijangka pada Ogos ini di sekitar Gunung Island Peaks, Solukhumbu, Nepal bersama Sherpa merangkap jurulatih teknikal untuk pendakian gunung ais dan berpengalaman luas di Gunung Everest.

Untuk pengetahuan, Muhammad Syahrulnizam merupakan pemegang rekod yang diiktiraf oleh The Malaysia Book of Records (MBoR) sebagai pendaki tanggi termuda negara selepas berjalya mendaki sebanyah 2,05 anak tangga di Menara Kuala Lumpur ketika usia tiga tahun 11 bulan pada Jun 2008.



Selepas itu, masuk umur empat tahun, beliau berjaya berdiri megah di puncak Gunung Kinabalu. Selepas itu beliau aktif dalam sukan lasak dalam pendakian di dalam dan luar negeri termasuklah hingga ke puncak Yalla Peaks di Langtang, Nepal.

Misi Everest ini dikendali sepenuhnya oleh Jejak Pensolo dengan sokongan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM dan Pertubuhan Nadi Sihat.

Kepada sesiapa sahaja yang ingin membantu walaupun sedikit, pihak kami amat berbesar hati dan amat menghargai sumbangan daripada anda semua. setiap sumbangan ini digunakan seratus peratus untuk Misi Everest 2026.

Jika anda ingin menyumbang untuk sama-sama menjayakan Misi Everest 2026 tekan saja link ini,  TEKAN SINI UNTUK SUMBANG


Saturday, May 17, 2025


TETAP BERSEMANGAT WALAUPUN TERPAKSA DI TUNDA KE EVEREST KE TAHUN 2026

Pelajar Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, UiTM Shah Alam, Muhammad Syahrulnizam Bin Mohd Noor akan menjalankan Misi Pendakian Gunung Everest pada tahun 2026. Pelajar semester 3 program Diploma Pengurusan Sukan dan Rekreasi ini akan memulakan pendakian Gunung Everest di Nepal sepatutnya bermula pada bulan Mac 2025 tetapi terpaksa di tunda kepada tahun depan.



Ini kerana kesukaran untuk mendapatkan dana bagi menampung segala perbelanjaan termasuklah untuk pembayaran yuran pendakian sehingga USD15 ribu, peralatan dan pakaian serta persediaan lain lagi. Dalam aspek pemantauan tahap kecergasan bagi mempersiapkan diri dalam pendakian tersebut, Muhammad Syahrulnizam telah menjalani ujian kecergasan siri yang kedua di Makmal Prestasi Manusia FSR UiTM pada 17 Disember yang lepas. Ujian kecergasan yang dijalankan adalah seperti Ujian Fungsi Paru-Paru,

Ujian Kardiovaskular – Vo2max dan Ujian Lactate, di bawah kendalian Ketua Pusat Satelit ISN – FSR UiTM, Professor Madya Dr Hosni Hasan.

Semangat tidak pernah pudar walaupun terpaksa di tunda dan ini merupakan salah satu cabaran yang terpaksa diharungi sehinggalah ke puncak Everest nanti....

Kepada anda yang ingin turut sama menjayakan impian anak muda ini, anda boleh tekan link ini TEKAN DI SINI sedikit daripada anda, besar harapan daripada pihak kami..

FITNESS TEST DI UITM

Wednesday, May 14, 2025

SUPPORT MISSSION EVEREST 2026 - SYAHRULNIZAM

Your support shows concern for realizing the university students' dream of making a name for themselves on the summit of Mount Everest in 2026.


Please help us all to make the mission of Muhammad Syahrulnizam, a student at the Faculty of Sports Science, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Selangor, Malaysia, a success, who has been hampered by not receiving funding since 2024 to climb Mount Everest. He hopes that 2026 will become a reality with the help provided by all of you.

KLIK HERE FOR THE SUPPORT




















Saturday, January 14, 2017

Mohd. Noor sasar cipta rekod dunia, Malaysia

Tawan Banjaran Himalaya, Gunung Kinabalu tahun depan

27 Disember 2016 12:09 AM
KUALA LUMPUR 26 Dis. – Pendaki solo, Mohd. Noor Mat Amin, 49, bercadang mencipta dua rekod baharu bagi dirinya dengan mendaki Banjaran Himalaya, Nepal dan Gunung Kinabalu, Sabah pada tahun hadapan.
Katanya, bagi Banjaran Himalaya, beliau akan mencipta rekod Malaysia dengan mendaki setinggi 5,530 meter sehingga ke kem di banjaran tersebut.
Beliau yang juga jurufoto Utusan Malaysia menjelaskan, akan bergerak ke Banjaran Himalaya pada Mac 2017 sebagai persiapan awal bertujuan mengekalkan kecergasan sebelum mendaki Gunung Kinabalu selewat-lewatnya Mei nanti.
“Bagi Gunung Kinabalu se­tinggi 4,095 meter pula, saya akan mencipta rekod dunia sempena kemerdekaan negara yang ke-60 dan juga usia kelahiran yang ke-50
saya pada 3 Februari nanti.
“Cabaran mendaki Banjaran Himalaya berbeza kerana keadaan permukaan Gunung Kinabalu turun naik sementara banjaran hanya mendaki sahaja. Oleh itu, saya memilih Banjaran Himalaya yang lebih tinggi berbanding Gunung Kinabalu bagi memastikan kecergasan sepanjang pendakian.
“Buat masa ini, saya berehat seketika sebelum meneruskan latihan seperti biasa dengan memanjat bukit dan gunung untuk persediaan mental serta fizikal,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Sabtu lalu, Mohd. Noor berjaya memperbaharui pencapaiannya dalam Malaysia Book of Records (MBOR) iaitu mendaki tangga Menara Kuala Lumpur (Menara KL) tanpa henti selama 24 jam.
Walaupun gagal mencapai sasaran 24 kali, beliau tetap berjaya memahat namanya dalam MBOR sekali lagi selepas mendaki menara telekomunikasi ketujuh paling tinggi di dunia itu sebanyak 21 kali, berbanding rekod lamanya 20 kali pada 2008.
Sebelum ini, Mohd. Noor mencipta rekod dengan mene­rima pengiktirafan daripada MBOR sejak 2007 menerusi beberapa pencapaian solonya.

Sunday, April 6, 2014

MISSION TO EVEREST


KATHMANDU - Pemerintah Nepal berencana memotong biaya pendakian menuju puncak tertinggi dunia, Gunung Everest. Hal ini dilakukan untuk mengurangi kelompok-kelompok besar pendaki gunung tersebut.

Setiap tahun, ratusan orang mencoba mendaki puncak tertinggi dunia dnegan ketinggian 8.850 meter tersebut. Saat ramai pendakian ini biasanya terjadi pada bulan Maret hingga Mei.

Untuk saat ini, pendaki solo yang ingin mencapai puncak Everest melalui jalur Southeast Ridge di Nepal harus membayar biaya pendakian sebesar USD25 ribu per orang. Untuk pendaki yang pergi berkelompok harganya lebih murah, yaitu hanya USD70 ribu per tujuh orang. Karena itulah banyak pendaki Everest yang pergi berkelompok, meski mereka kadang tidak mengetahui satu sama lain, demi biaya yang lebih murah.

Namun mulai tahun depan, biaya pendakian solo akan menjadi lebih murah, yaitu USD11 ribu per orang. "Kami ingin mengurangi jumlah pendaki yang pergi berkelompok," kata Tilakram Pandey dari Kementerian Pariwisata Nepal, seperti dikutip dari Telegraph, Minggu (16/2/2014).

"Dengan ini kami juga ingin agar yang mendaki Everest adalah orang yang benar-benar serius dan bertanggung jawab," imbuhnya. Memang, saat ini Everest dinilai terlalu ramai dan padat oleh pendaki.

Lebih dari 5000 orang telah mendaki Everest sejak pertama kalinya dicapai oleh Sir Edmund Hillary pada 1953, dan hampir 250 tewas saat mencoba mencapainya. Tahun lalu tercatat ada 700 pendaki mencapai puncak Everest dan Mei 2013 terjadi kekacauan karena ada 100 orang yang mencoba mencapai puncak Everest di hari yang sama.

Banyaknya sampah juga menjadi kekhawatiran akan Everest. Sampah-sampah ini dibawa pendaki yang berombongan mencapai puncak tertinggi di dunia tersebut. (ftr)

Thursday, March 20, 2014

Cipta Rekod dalam MISSION 57H57Y
Pencipta rekod negara, Pendaki SOLO akan terus melakukan cabaran solo bertujuan untuk mencipta rekod sebagai yang pertama di Malaysia mahupun di dunia.
Terkini ialah program dalam 'MISSION 57H57Y' dengan melakukan pendakian Gunung Kinabalu selama 57 jam tanpa henti sebagai simbolik i kemerdekaan negara sejak 57 tahun yang lalu.
MISSION 57H57Y merupakan rekod pertama dilakukan oleh Pendaki SOLO yang bakal diiktiraf oleh The Malaysia Book of Records (MBR) sebagai yang pertama di Malaysia dan di dunia yang mana ianya berlansung pada 22 Ogos hingga 24 Ogos 2014. 
Sehingga kini Pendaki SOLO telah menghasilkan tiga rekod pertama yang dicatatkan di dalam buku MBR. 
Kejayaan mencipta rekod pertama ialah melakukan pendakian solo 50 kali puncak kinabalu selma 60 hari pada tahun 2007
Kejayaan kedua melakukan pendakian sebanyak 20 kali naik dan 20 kalu turun di tangga Menara Kuala Lumpur dalam tempoh  24 jam tanpa henti pada tahun 2008. 
Kejayaan ketiga ialah melakukan pendakian solo sebanyak 111 kali dlm tempoh 111 hari di Gunung Kinabalu pada tahun 2009-2010.
Kini Pendaki Solo sedang melakukan persiapan bagi menyahut cabaran dalam MISSION 57H57Y seperti melakukan latihan intensif, membuat rangka kos perbelanjaan, pemilihan pembantu khas (sukarelawan) bagi pengurusan rekod dan sebagainya  supaya ianya berjalan lancar nanti.

Monday, December 12, 2011

TUNDA LAGI

12 Dis 2011 –Program cabaran solo Stair Climbing Vertical Height in 24 hours (up and down) yang akan dilakukan oleh pandaki SOLO, Mohd Noor Mat Amin pada 30 Disember 2011 hingga 1 Januari 2012 terpaksa di tunda lagi untuk kali ke enam kepada tarikh baru iaitu 29 hingga 29 April 2012 kerana pihak AJK penganjur gagal mendapat sebarang penaja korporat bagi menampung kos perbelanjaan yang agak tinggi.
Penundaan ini terpaksa dilakukan kerana penganjur gagal memperolehi penajaan terutama bagi membiayai kos perbelanjaan bagi pengiktirafan oleh Guinness World Records sebanyak RM80 ribu (termasuk kos Fastraks, lesen penggunaan logo, Penginapan, pengangkutan darat, penerbangan, yuran dan sebagainya) untuk wakil GWR hadir menyaksikan dan mengiktiraf cabaran rekod baru dunia ini.
Kos pengambaran video untuk rekod pendakian sekurang-kurang menggunakan 10 kamera video yang berkualiti tinggi untuk live (NCP) yang bleh dipancarkan terus ke kaca televisyen dan juga ke internet (laman sesawang www.pendakisolo.com) yang boleh disaksikan oleh semua selama 24 jam itu sebanyak RM70 ribu.
Sementara itu, kos lain sebanyak RM100 ribu pula ialah untuk pentadbiran, promosi, makan minum,peralatan, pakaian, urusetia, majlis perlepasan, majlis penyampaian sijil rekod, acaran sampingan dan sebagainya.
Kos latihan dan persiapan diri pendaki solo hanya la sebanyak RM40 ribu sahaja yang mana kos ini telah bermula sejak latihan dilakukan sejak pertengahan tahun 2010 (sebelum ini beliau banyak menggunakan perbelanjaan sendiri.
Namun begitu, pihak penganjur telah menetapkan tarikh baru iaitu 27 hingga 29 April 2012 sebagai tarikh cabaran yang baru. Pendakian akan bermula pukul 10 pagi pada 28 April dan akan tamat pukul 10 pagi pada 29 April.
Namun begitu, pendaki solo tetap menjalani latihan seperti biasa dengan mendaki tangga, mendaki bukit Broga, Bukit Tabur, Gunung Tebu dan Gunung Kinabalu dan sebagainya bagi memastikan tahap kecegasan dan stamina berada dalam keadaan yang sentiasa bersedia.
Pendaki solo sendiri sedang berusaha untuk mendapatkan kerjasama dengan Majlis Promosi Kesihatan (MySihat), Majlis Sukan Angkatan Tentera, dan beberapa agensi lain untuk sama-sama menjayakan program yang bertaraf dunia ini.
Pendaki Solo juga sedang berusaha menjalin hubungan dengan wakil The Discovery Channel bagi tujuan promosi ini.
Semua AJK yang dilantik oleh Kelab Rekreasi Kota sebagai penganjur terpaksa akur atas perubahan tarikh itu tetapi teta bersemangat untuk kejayaan yang bakal dilakukan oleh pendaki solo negara di dalam negara sendiri. -

Monday, August 15, 2011

Pendaki Solo galak pelajar aktif kokurikulum

Thursday, July 7, 2011

TUNDA LAGI.....!!!!

Pendaki solo, Mohd Noor Mat Amin sekali lagi terpaksa menunda tarikh untuk melakukan pendakian tangga di Menara Kuala Lumpur untuk mencipta rekod baru dunia kepada bulan Oktober ini ekoran kekurangan dana.
Walaupun kecewa kerana terpaksamenunda sekali lagi sebelum dapat melakukan pendakian tangga dalam tempoh 24 jam tanpa henti bagi mencipta rekod baru dunia di negara sendiri setelah kegagalan untuk mendapatkan penajaan khususnya untuk membiayai wakil Guinness World Record yang berpusat di London.
Sepatutnya ia dijadualkan pada 10 Oktober 2010 sebelum ditunda kepada pada 3 Februari 2011 kemudian ditunda lagi kepada tarikh 15-16 April 2011. Oleh kerana masalah penajaan, maka pihak kelab atau penganjur menunda sekali lagi kepada 16-17 Julai 2011.
Kegagalan memperolehi penajaan sehingga kini menyebabkan penganjur terpaksa sekali lagi menunda percubaan pendaki solo negara untuk mencipta rekod baru dunia atau kejutan di negara sendiri kepada bulan Oktober ini.
Tarikh pendakian masih dalam perbincangan dengan pihak Menara Kuala Lumpur.
Kos yang tiinggi terutama untuk membiayai wakil Guinness World Record termasuk yuran sebanyak 5 ribu pounds, penerbangan kelas perniagaan sebanyak RM24 ribu (London-KL-London) lesen penggunaan logo WGR sebanyak 1,500 pounds, sijil rekod, penginapan, makan dan minum serta pengangkutan darat.
Kos keseluruhan untuk untuk membiayai wakil WGR lebih RM70 ribu sementara kos yang lain khususnya bagi merekodkan melalui video berkelajuan tinggi dan fotografi sebanyak sebanyak RM70 ribu. (sebanyak 8 kamera video dipasang disepanjang tangga dari paras bawah hingga diparas Mega View dan direkodkan melalui recorder yang diletakkan di center)
Sementara kos yang lain termasuklah latihan, event sampingan, sukarelawan, makan minum, perubatan, media, majlis pelancaran dan penutup lebih kurang RM110 ribu.
Pendaki solo berharap pihak korporat tampil untuk menjadi penaja program ini berdasarkan kepada kejayaan beliau sebelum ini unuk negara.

Thursday, May 19, 2011

BUKIT BROGA UJI FIZIKAL MOHD NOOR

Oleh AHMED SYAHRIL ZULKEPLY
14 Mei 2011 – Utusan Malaysia

IMPIAN pendaki solo, Mohd. Noor Mat Amin untuk memecahkan rekod dunia tidak pernah pudar walaupun tarikh pendakian Menara Kuala Lumpur terpaksa ditunda sekali lagi kepada 16 dan 17 Julai ini ekoran kekurangan dana untuk menampung kos yang agak tinggi.
Masalah penajaan daripada pihak korporat tidak melemahkan semangat pendaki solo itu walaupun pendakian untuk memecahkan rekod dunia terpaksa ditangguhkan lagi kepada Julai ini.
Walaupun masuk kali keempat pendakian ini terpaksa ditunda, Mohd. Noor tetap cekal dan akur dengan suasana masa kini dan menganggap ia satu cabaran yang harus dihadapi sebelum melakukan cabaran untuk mengharumkan nama negara.
Beliau akan melakukan percubaan dengan mendaki sebanyak 70 kali anak tangga Menara Kuala Lumpur selama 24 jam tanpa henti bermula pukul 10 pagi pada 16 Julai dan akan berakhir tepat pukul 10 pagi dan 17 Julai.
Rekod lama yang dilakukan oleh pendaki Switzerland, Kurt Hess yang berjaya melakukan pendakian di Menara Esterli, Switzerland pada tahun 2007 bakal dicabar oleh beliau.
“Sebenarnya, jika nak memecahkan sesuatu rekod dunia, saya perlu buat di menara yang sama di Switzerland, tetapi saya berjaya memberi keyakinan kepada Guinness World Records bahawa tangga Menara Kuala Lumpur mempunyai cabaran sekali ganda jika dibandingkan dengan di Menara Esterli.
“Ini kerana suhu di dalam Menara Esterli lebih sejuk dan udara atau angin dapat keluar masuk dengan ketinggian hanya 45 meter, sedangkan keadaan di dalam Menara Kuala Lumpur lebih panas kerana ia tertutup dan saya akan naik turun setinggi 282 meter minimum sebanyak 70 kali dalam tempoh 24 jam,” ujarnya.
Mohd. Noor tetap melakukan latihan mingguan seperti biasa dan ia tidak sama sekali melemahkan semangat untuk mencipta nama untuk negara.
Beliau bersama urus setia telah menjalani latihan pendakian di Bukit Broga, Semenyih setinggi 400 meter dengan jarak pendakian sejauh 1.7 kilometer.
Selain itu, beliau juga mengadakan latihan pendakian di Bukit Tabuh yang terletak di Ulu Kelang bersebelahan dengan Taman Melawati.
Setiap latihan diadakan di dua lokasi itu, pendaki solo terus mendapat sentuhan semangat oleh ramai pendaki dan orang ramai termasuklah penuntut universiti tempatan yang melakukan riadah pendakian mingguan untuk kecergasan.
Program pendakian solo tangga menara Kuala Lumpur ini dianjurkan oleh Kelab Rekreasi Kota dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pengajian Tinggi dan Menara Kuala Lumpur.
Sementara itu, pelbagai program sampingan telah disusun oleh pihak Total Sports Asia yang diberi tanggungjawab untuk menjayakan program yang bertaraf dunia itu.
Antara acara sampingan yang boleh menarik perhatian golongan muda seperti pameran bertajuk rintangan di sebalik kejayaan, pertandingan mendaki tembok tiruan, karnival jualan dan klinik mendaki turut diadakan pada tarikh tersebut.
Kepada syarikat korporat yang ingin turut sama menjayakan program yang bertaraf dunia ini boleh menghubungi terus kepada pihak Total Sports Asia di talian 03-7660 9661 (Nina Mohd. Noor) atau team pendaki solo di talian 03-9284 0619.

Thursday, May 12, 2011

21 kali tawan Gunung Everest

KATHMANDU: Seorang pendaki warga Nepal berusia 51 tahun menawan Gunung Everest buat kali ke-21 memecahkan rekod peribadinya dari segi jumlah kejayaan menjejakkan kaki di puncak gunung tertinggi dunia itu.
Sherpa Apa tiba di puncak berkenaan jam 9.15 pagi (11.45 waktu Malaysia) semalam.
‘Dia bersama-sama lima pendaki lain meninggalkan Kem Empat malam tadi (kelmarin) dan semuanya berjaya tiba di puncak,” kata jurucakap syarikat ekspedisi Asian Trekking Private Limited, Ang Tshering Sherpa.
Sherpa Apa yang digelar ‘Super Sherpa’ mencatatkan kejayaannya selepas tragedi awal minggu ini apabila bekas Menteri Luar Nepal, Shailendra Kumar Upadhayaa, 82, mati ketika cuba menjadi orang paling tua mendaki gunung berkenaan.
Uphadhaya mati petang Isnin lalu, beberapa jam selepas tiba di Kem Satu dalam usaha meningkatkan kesedaran mengenai keupayaan golongan tua.
Pendaki paling tua pernah berjaya mendaki hingga ke puncak Everest ialah Min Bahadur Sherchan, yang dilakukannya pada usia 76 tahun tiga tahun lalu.
Kira-kira 3,000 orang berjaya menawan Everest yang setinggi 8,848 meter sejak Edmund Hillary and Tenzing Norgay menjadi orang pertama berbuat demikian pada 1953. Sherpa Apa mengetuai Ekspedisi Eco Everest 2011 yang berhasrat mengutip empat tan sampah menerusi program ‘Wang Tunai untuk Sampah.’ Program itu dibiayai oleh sebuah syarikat pendakian swasta.
Kali pertama dia tiba di puncak gunung itu ialah pada 1990.
“Jika pendakian saya untuk mempromosi dan melindungi gunung itu, saya sentiasa bersedia untuk mendakinya,” katanya.
Musim mendaki Everest bermula hujung April dan Mei apabila tempoh singkat antara musim bunga dan panas menawarkan keadaan terbaik untuk pendakian. - AP

Thursday, May 5, 2011

Pendaki solo negara cabar generasi muda

KUALA LUMPUR 4 Mei - Pendaki solo negara, Mohd. Noor Mat Amin mencabar generasi muda supaya mengikut jejaknya dalam mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa dan pada masa yang sama mencabar kemampuan mental dan fizikal masing-masing.
Mohd. Noor yang merupakan jurugambar Utusan Malaysia berkata, walaupun sudah berumur 44 tahun, semangat juang sebagai anak Malaysia yang mahu menaburkan jasa kepada negara masih tinggi dan membara.
"Kegagalan percubaan pertama mendaki tangga Menara Kuala Lumpur selama 24 jam tanpa henti pada tahun lalu akibat kecederaan kaki tidak melunturkan semangat saya untuk terus merealisasikan impian itu tahun ini.
"Bagi memecahkan rekod 70 kali pendakian melalui 2,058 anak tangga sejauh 19,400 meter, saya kini sibuk menjalani latihan intensif setiap masa di Bukit Broga, Semenyih, tangga Batu Caves dan juga di tangga pangsapuri setinggi 10 tingkat di Bandar Baru Bangi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Jelasnya, latihan secara intensif itu bertujuan menguatkan fizikal dan mental sebagai persediaan menghadapi pendakian yang amat mencabar itu nanti.
Pada 16 Jlai ini, beliau bakal melakukan sekali lagi Misi Pendakian Tangga Berketinggian Menegak Dalam 24 Jam di menara kelima tertinggi di dunia itu bagi melakarkan nama di dalam Guinness World of Records.
Rekod Guinness World of Records dalam kategori itu kini dipegang oleh pendaki Switzerland, Klurt Hess yang mendaki dan menuruni tangga Menara Esterli, Switzerland setinggi 45 meter sebanyak 413 kali sejauh 18,585 meter pada 2007.
Sebelum ini, Mohd. Noor telah berjaya mencipta rekod dengan melakukan pendakian ke puncak Gunung Kinabalu sebanyak 111 kali dalam tempoh 111 hari bermula 31 Disember 2009 dan berakhir 9 Mei lalu.
Rekod pendakian beliau terdahulu adalah pendakian Solo 50 Puncak Kinabalu Merdeka (2007), Pendakian Solo Menara Kuala Lumpur (2008), Pendakian Merdeka (2008) dan Pendakian Solo Tanpa Henti selama 24 jam di Menara Kuala Lumpur (2008).

Tuesday, April 19, 2011

SOLO CLIMBER

Personal Achievements• Won consolation prizes for a few photography contests – 1994 & 1995

• First photographer in the world to process colour film manually in Everest Base Camp, Nepal – 1997

• Conferred AMN Award by the King - 1997

• Awarded for Best News & Features BM writer – 1997

• Won the 3rd place in Commonwealth Games Photography Contest - 1998

• Tsunami’s Coverage in Acheh – 2004

• Coverage for Forest on Fire, Riau -2005

• Asian Para Games , Manila – 2005

• Earthquake Coverage in Jogjakarta - 2006

• Mount Merapi Disaster in Java - 2006

• Deliverance of Jemaah Islamiah Indonesia’s Head in Solo – 2006

• President of Kelab Rekreasi Kota – 2006



Achievements as Climber• Survival Course in Putung Asap Mountain, Perak - 1994

• XPDC 4WD Genting Kijal - 1994

• First Asian Cross Country Rally (Malaysia – Thai – Laos) - 1995

• JAMBOREE 4WD - 1995

• Hike Khullu- Manali Mountain, North India - 1996

• Expedition Pre Everest to Chaukhamba II, North India -1996

• Expedition Malaysia–Everest Project – 1997

• MBoR for hiking Mount Kinabalu for 50 times in 60 days – 2007

• MBoR for climbing Menara Kuala Lumpur for 30 times in 3 days – 2008

• Merdeka Hiking Program 2008

⁻ Menara Pelita, Kuching – 2008

⁻ Menara Tun Mustapha, Kota Kinabalu – 2008

⁻ Menara Alor Star, Kedah – 2008

⁻ Felda Residence Hotel, Kuala Terengganu – 2008

⁻ Menara Kuala Lumpur for 20 times in 24 hours – 2008

• 1 Malaysia Solo Climber in Mount Kinabalu for 111 times in 111 days– 2009-2010

Wednesday, March 30, 2011

PENDAKIAN BUKIT TABUH

Pendakian di Bukit Tabuh di Taman Mewalati, Ulu Kelang pada 26 Mac 2011 bersama 14 ahli Team Pendaki SOLO sebagai latihan kecergasan bagi mengekalkan fitnes dan stamina setelah penat minda ketika menjalani urusan kerja seharian sebelum ini.
Sementara itu, pendaki solo juga yang akan melakukan pendakian sebanyak 70 kali tangga Menara Kuala Lumpur pada 16-17 Julai ini melakukan pendakian ini sebagai latihan mingguan sahaja.
Latihan secara intensif akan dilakukan mulai Mei ini sehinggalah tiba masa cabaran untuk memecahkan rekod dunia.

INFINITI Kosmo - Blog Pendaki Solo

Oleh KU MOHD. RIZDUAN, KU ABDUL RAHMAN
kurizduan.kurahman@kosmo.com.my

PADA usia 43 tahun, kecergasan fizikalnya mengalahkan kudrat anak muda. Setiap misi yang dilakukan membuahkan kejayaan membanggakan sesiapa sahaja yang mengenalinya.
Kebanyakan masa terluang anak jati Kuala Terengganu itu dihabiskan bagi tujuan latihan mendaki kawasan tinggi secara solo ataupun secara berkumpulan agar ketahanan fizikalnya sentiasa konsisten.
Dengan semangat dan pengalaman pendakian itulah, Mohd. Noor Mat Amin berkongsi kisahnya mendaki gunung, bukit dan bangunan pencakar langit menerusi blog.
Minatnya terhadap dunia blog bermula ketika misi pendakian Gunung Kinabalu pada tahun 2009 kerana dari situ orang ramai dapat mengetahui perkembangannya.
Walaupun sibuk dengan aktiviti lasak sejak berusia 20 tahun, interaksi dengan orang ramai kini, semakin mudah kerana perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi menyebabkan manusia berinteraksi tanpa had.
Melalui laman blog pensolo.blogspot.com, ia pasti menarik perhatian kelompok yang gemar aktiviti lasak terutama pendakian kawasan tinggi yang penuh cabaran.
Bagi Mohd. Noor atau juga lebih dikenali Pendaki Solo, tujuan membangunkan blog itu bukan untuknya mencari keuntungan tetapi sebagai wadah menghebahkan apa sahaja program yang menyihatkan badan.
“Apa yang saya tulis dan kumpulkan di blog ini sebagai dorongan kepada mereka (belia) untuk berfikir serta mencari idea yang berfaedah,” katanya yang berjaya melakukan Pendakian Solo 1Malaysia di Gunung Kinabalu, Sabah sebanyak 111 kali bermula 31 Disember 2009 hingga 20 April 2010.
Selain artikel yang ditulis sendiri, blog yang diwujudkan sejak tiga tahun lalu itu turut memuatkan artikel daripada keratan akhbar mengenai dirinya ketika menyertai sesuatu ekspedisi.
Bukan itu sahaja, pensolo.blogspot.com turut disambungkan kepada laman sesawang miliknya, pendakiSOLO.com serta laman sosial Facebook agar perkongsian maklumat tidak terhad pada satu saluran sahaja.

MOHD. NOOR (barisan belakang sembilan dari kiri) bersama sekumpulan pelajar yang mengikuti beliau mendaki Bukit Broga baru-baru ini.

Tambah Mohd. Noor lagi, pihak yang sering mengikuti perkembangan Pendaki Solo datangnya daripada golongan belia dan profesional.
“Kini ramai anak muda suka mendaki gunung malah ada di antara mereka menjadi sukarelawan saya.
“Menariknya ada di antara mereka dahulu suka merempit dengan motosikal tetapi apabila berpeluang mendaki gunung atau bukit mereka berasa seronok disebabkan pelbagai pendedahan diberikan,” dedahnya.
Sementara itu, blog yang telah dikunjungi pelawat seramai 13,393 itu bakal lebih berinfomatif apabila Mohd. Noor kini sedang mengumpulkan maklumat mengenai gunung-ganang yang terdapat di Malaysia.
Bagaimanapun katanya, ia akan dimasukkan setelah memperoleh kesemua maklumat terperinci dan dibukukan. Ia dijangka diterbitkan beberapa bulan lagi.
Mengulas mengenai projek pendakian terbarunya, Pendaki Solo itu akan mendaki sebanyak 70 kali anak tangga Menara Kuala Lumpur selama 24 jam tanpa henti pada 16 dan 17 Julai ini untuk memecahkan rekod dunia.
Projek itu sebelum ini ditunda daripada April kepada Julai atas faktor yang tidak dapat dielakkan.
Rekod lama dilakukan oleh pendaki Switzerland, Kurt Hess di Menara Esterli Switzerland.
“Mengenai projek terbaru ini, sebenarnya saya perlu buat di menara yang sama di Switzerland tetapi pihak saya memberi keyakinan kepada Guinness World Records bahawa Menara Kuala Lumpur mempunyai cabaran sekali ganda berbanding di sana.
“Ini kerana Menara Esterli membolehkan angin dapat masuk apatah lagi ketinggian menara itu hanya 45 meter manakala di sini saya akan naik turun setinggi 282 meter minimum sebanyak 70 kali,” ujarnya.

Monday, March 21, 2011

POSTER TERBARU dari TEAM PendakiSOLO

Misi Broga bersama pendaki solo negara

Oleh MOHD. SAIFUL MOHD. SAHAK

DI kalangan peminat rekreasi mendaki gunung atau bukit, pastinya mengetahui Bukit Broga di Hulu Langat, Selangor. Ia merupakan salah satu bukit yang paling mencabar untuk 'ditawan' dan sangat sesuai untuk dijadikan lokasi bagi latihan ketahanan fizikal.
Walaupun ketinggiannya hanya 400 meter, bukit yang agak curam ini merupakan antara bukit yang boleh dikatakan mempunyai laluan sukar.
Lantas ia dianggap sebagai medan latihan terbaik untuk mereka yang rata-rata masih baru dalam dunia rekreasi ini.
Baru-baru ini seramai 50 pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menyertai program Semarak Misi Rekod Dunia bersama pendaki solo negara, Mohd. Noor Mat Amin dengan pendakian sehingga ke puncak Bukit Broga.
Program yang dianjurkan oleh Kelab Rekreasi Kota dan UKM itu bertujuan untuk menyemarakkan misi pendaki solo negara yang akan meneruskan cabaran memecahkan rekod dunia dengan mendaki tangga Menara Kuala Lumpur dijangkakan pada 16 April ini dalam usaha melakarkan nama di dalam Guinness World of Records.
Pelajar UKM yang menyertai ekspedisi itu tiba di perkarangan Bukit Broga pukul 7.30 pagi disertai tiga pegawai unit sukan yang diketuai Penolong Pegawai Belia dan Sukan, Pusat Sukan UKM, Mohd. Azhar Zainal telah disambut oleh pendaki solo bersama urusetia yang terdiri sukarelawan daripada Kolej Cybermatic, dan Politeknik Tanjung Malim.
Selepas diberi taklimat ringkas mengenai tujuan dan matlamat pendakian itu, semua peserta dibekalkan satu botol air minuman isotonic yang ditaja oleh 100 plus bagi menghilang kehausan ketika pendakian laluan sejauh 1.7 kilometer ke puncak Bukit Broga itu.
Tepat pukul 8 pagi sebaik sahaja selesai bergambar kenangan di ladang kelapa sawit itu, masing-masing memulakan pergerakan dengan begitu bersemangat sekali dan telah tiba di kawasan puncak Bukit Broga pukul 8.45 pagi.
Kepuasan jelas terpancar di wajah pelajar terutama yang julung kali melakukan aktiviti pendakian dengan menyertai program Semarak Misi Rekod Dunia yang boleh memberi satu inspirasi untuk mencapai satu-satu dan juga demi kecergasan sepanjang hayat.
Keadaan cuaca yang agak baik menyebabkan kesemua pelajar berjaya merentasi laluan sejauh 3.4 kilometer keseluruhan perjalanan.
Pelajar Ijazah Sarjana Antropologi dan Sosiologi, Halimatussaadiah Sohod berkata, program seperti ini telah membuka minda dan boleh menyemarakkan lagi semangat golongan muda terutama para pelajar supaya mengamalkan gaya hidup sihat.
"Kami amat bangga kerana dapat menjayakan program ini demi menyemarakkan usaha pendaki solo negara untuk memecahkan rekod dunia dengan mendaki tangga Menara Kuala Lumpur sebanyak 70 kali dalam tempoh 24 jam dijangkakan pada 16 April depan," katanya.
Menurutnya lagi, program seperti ini telah membuka mata supaya sentiasa berusaha gigih dalam apa jua bidang yang diceburi untuk mencapai kejayaan.
Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sukan Rekreasi, Mohd Farid kamaruddin berkata, beliau amat terharu kerana telah diberi peluang melakukan pendakian bersama pendaki solo negara yang sebelum ini hanya membaca dan melihat perkembangan tentang usaha gigihnya mencapai kejayaan melalui akhbar dan televisyen sahaja.
"Bukan sahaja setakat mendaki bersama, kami juga memperolehi pelbagai tip, motivasi diri serta berkongsi pengalaman bersama pendaki solo," kata beliau.
Pelajar Ijazah Sarjana Muda Mikrobiologi berkata, Adina Nordin Othman, beliau yakin program ini juga telah membuka pandangan lebih luas kepada para siswa dan siswi untuk turut sama mengambil berat mengenai kecergasan diri di samping melakukan aktiviti senaman seperti mendaki bukit atau tangga.
Katanya juga, gaya hidup sihat amat penting di samping menghirup udara nyaman alam semula jadi yang masih menghijau di Bukit Broga.
"Program semarak misi rekod dunia oleh pendaki solo hanya perintis kepada generasi muda yang mana program seperti ini harus dilakukan berterusan pada masa akan datang," ujarnya lagi.

Saturday, March 12, 2011

VIDEO SEMARAK MISI REKOD DUNIA BERSAMA PELAJAR UKM

Slide SHOW oleh Student Cybernatic

Slide show sekitar program Semarak Misi Rekod Dunia bersama pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia pada 6 Mac 2011 http://tripwow.tripadvisor.com/tripwow/ta-010c-cb2e-0fe7?em=1&st=9917722

Sunday, February 6, 2011

LATIHAN DI GUNUNG TEBU

BESUT, TERENGGANU, 3 FEB 2011 — Pendaki Solo, Mohd Noor Mat Amin mengambil kesempatan untuk mendaki sehingga ke puncak Gunung Tebu sempena cuti Tahun Baru Cina semalam.
Beliau melakukan latihan sebagai persediaan sebelum membuat pendakian sebanyak 70 kali tangga Menara Kuala Lumpur pada 16-17 April ini bagi memecahkan rekod dunia dan seterusnya dimasukkan namanya di dalam Guinness World Record.

Gunung tebu setinggi 1,300 meter merupakan salah satu lokasi latihan selain di tangga Batu Caves, Bukit Broga di Semenyih, Gunung Kinabalu dan tangga pangsapuri setinggi 10 tingkat.

Gambar menunjukkan beliau sedang berada di sekitar puncak gunung Tebu selepas memulakan pendakian pukul 10 pagi dan tiba di puncak pukul 1 tengahari semalam.

Selepas berada seketika di puncak sambil menghirup udara nyaman, beliau terus turun dan sampai di kawasan perkhelahan Lata Belatan pukul 4 petang.

Tuesday, February 1, 2011

Misi rekod Menara KL

Oleh AMMAR JAZLAN MAD LELA - Kosmo 31 Jan 2011
TARIKH 16 hingga 17 April nanti merupakan detik penting kepada pendaki solo negara, Mohd. Noor Mat Amin. Ini kerana buat pertama kalinya, beliau akan mencipta rekod dunia bagi mendaki tangga Menara Kuala Lumpur (Menara KL) selama 24 jam tanpa henti.
Dalam usaha itu, Mohd. Noor kini giat mempersiapkan dirinya dengan melakukan latihan intensif di seluruh negara. Antara lokasi yang dipilih adalah Bukit Broga dan Batu Caves, Selangor; Gunung Tebu dan Bukit Besar, Terengganu; Menara Alor Setar, Kedah; Puncak Universiti Malaysia Sabah dan Gunung Kinabalu, Sabah.
Lebih menarik, kali ini beliau tidak bersendirian menjalani latihan sebaliknya turut ditemani lebih 1,000 pelajar dari beberapa universiti tempatan melalui Program Semarak Misi Rekod Dunia 2011.
Bercerita mengenainya, Mohd. Noor berkata program yang mendapat kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi itu sudah bermula sejak Januari lalu dibagikan kepada beberapa fasa.
“Fasa pertama melibatkan Bukit Broga, kemudian diteruskan ke beberapa lokasi lain di seluruh negara sehinggalah April nanti,” katanya.
Tambah Mohd. Noor, sepanjang program, beliau bukan sahaja melakukan latihan intensif bersama pelajar-pelajar berkenaan malah turut memberi motivasi, tip dan berkongsi pengalaman yang pernah dilaluinya.
“Saya mahu golongan ini menyedari tiada apa yang mustahil, asalkan mereka mempunyai keyakinan dan disiplin yang tinggi serta bersedia mengharungi cabaran mendatang.
“Pada masa yang sama, saya mahu melahirkan golongan pelapis yang bersedia melakukan sesuatu yang luar biasa bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi juga negara,” jelasnya.
Sementara itu, mantan Presiden Kelab Kembara Management & Science University (MSU), Muhammad Zakir Muhammad berkata seramai 50 pelajar dari universiti itu terlibat dalam program yang diadakan baru-baru ini.
Katanya, kesungguhan dan keazaman pendaki solo itu yang berusaha merealisasikan impian perlu dicontohi walaupun terpaksa mengharungi pelbagai rintangan dan cabaran.

Monday, January 17, 2011

Pendaki SOLO jalani latihan di Bukit Broga

Pendaki Solo terus menjalani intensif walaupun terpaksa berdepan dengan kekurangan dana ekoran kekurangan penaja untuk terus mencipta rekod dunia pada 16-17 April depan.
Berikut adalah sebahagian foto-foto sekitar latihan dan program Semarak Misi Rekod Dunia yang diadakan di sekitar puncak Bukit Broga pada 16 Jan lalu bersama hampir 150 belia dan pendaki daripada syarikat swasta, universiti tempatan dan sebagainya.
Khamis ini satu lagi sesi latihan di Bukit Broga... adalah dijemput semua untuk sama-sama menjayakan misi rekod dunia





Sunday, December 26, 2010

National solo climber needs RM250,000 to climb KL Tower

National solo climber Mohd Noor Mat Amin needs RM250,000 to accomplish his next world record feat, to climb the Kuala Lumpur Tower. He said the climb was scheduled last Oct 9 and 10, but had been postponed to Feb 2 and 3 next year due to problem in getting sponsors.
"The climb has to be postponed again to April 16 and 17 next year because I still can't get any sponsor.
"Although disappointed, I will continue with the training," he told Bernama here.
Mohd Noor said he needed the fund to bring in officers and staff of the Guinness World Records from United Kingdom, as well a for his training and to organise side activities for the event and also to manage the event. -- Bernama - NST

Pendaki solo perlukan RM250,000 untuk catat rekod dunia

KUALA LUMPUR 26 Dis. – Pendaki solo negara, Mohd Noor Mat Amin memerlukan perbelanjaan sebanyak RM250,000 untuk cabaran terbaru beliau yang bakal mencatatkan rekod dunia iaitu pendakian solo tangga di Menara Kuala Lumpur tahun depan.
Beliau, yang juga jurugambar Utusan, berkata, berikutan kesukaran untuk mendapatkan penajaan bagi membiayai program itu, cabaran yang sepatutnya diadakan pada 9 dan 10 Oktober lepas, terpaksa ditunda kepada 2 hingga 3 Februari 2011.
"Bagaimanapun, program ini terpaksa ditunda sekali lagi kepada 16 hingga 17 April 2011 kerana sehingga kini masih tiada pihak yang mahu menaja, walaupun kecewa saya akur dan tetap meneruskan latihan,” katanya di sini hari ini.Mohd Noor, 43, sebelum ini pernah memecahkan rekod negara dan diiktiraf oleh Malaysia Book of Records bagi cabaran mendaki sebanyak 50 kali Gunung Kinabalu secara solo selama 60 hari pada 10 Julai hingga 10 September 2007.
Beliau juga pernah mencipta rekod pendakian sebanyak 30 kali Menara Kuala Lumpur dalam tempoh tiga hari pada 1 hingga 3 Februari 2008.
Terbaru Mohd Noor berjaya mendaki sebanyak 111 kali Gunung Kinabalu pada 31 Disember 2009 hingga 20 April 2010. – Bernama

Saturday, December 11, 2010

TUNDA LAGI

Walaupun perasaan agak sedikit kecewa, pendaki SOLO terpaksa akur dengan keadaan semasa ekoran perubahan tarikh cabaran pendakian solo tangga di Menara Kuala Lumpur kepada 16 hingga 17 April 2011.
Penundaan tarikh cabaran itu merupakan kali ketiga ekoran kesukaran untuk memperolehi sebarang penajaan bagi membiayai kos perbelanjaan sepanjang program pendakian yang selama 24 jam itu nanti.
Sebelum ini, sepatutnya cabaran itu dilakukan pada 9 Okt hingga 10 Okt lalu, namun begitu, oleh kerana kegagalan memperolehi sebarang penajaan, ianya terpaksa ditunda kepada 2 Feb hingga 3 Feb 2011.
Oleh kerana sehingga kini pihak penganjur masih tidak memperolehi memperolehi penajaan cabaran pendakian solo Menara Kuala Lumpur sekali lagi terpaksa di tunda kepada 16 hingga 17 April bagi memberi ruang yang secukupnya kepada team yang berusaha mendapatkan penajaan memperolehi dana untuk membiayai kos penganjuran yang bertaraf dunia itu nanti.
Ini merupakan kali ketiga penundaan cabaran terpaksa dilakukan, namun begitu pendakiSOLO tetap yakin ianya dapat melakukan pendakian sebanyak 70 kali tangga Menara Kuala Lumpur selama 24 jam bagi memecahkan rekod Guinness World of Records yang dicipta pendaki Switzerland, Kurt Hess di tangga Menara Esterli, Lenzburg, Switzerland, sebanyak 413 kali pada ketinggian 45 meter pada 2007.
walaupun penundaan tarikh cabaran itu, pendaki solo tetap melakukan latihan seperti biasa dengan mendaki tangga, mendaki gunung dan sebagainya supaya ianya sentiasa bersedia untuk melakukan cabaran nanti.

Thursday, December 2, 2010

Latihan intensif pendaki solo siri pertama

Latihan intensif pada siri pertama yang dilakukan oleh pendaki solo negara yang membabitkan tangga Batu Caves, Bukit Besar dan Gunung Tebu Terengganu dari 21 Nov 2010 hingga 30 Nov 2010. Latihan beliau adalah persediaan untuk memecahkan rekod dunia di Menara Kuala Lumpur dengan mendaki sebanyak 70 kali dalam tempoh 24 jam pada 2-3 Feb 2011.

Monday, November 22, 2010

Wednesday, October 27, 2010

Maridjan ditemui mati dalam keadaan sujud

Oleh Borhan Abu Samah
YOGYAKARTA 27 Okt. - Penjaga kunci Gunung Merapi, Mbah Maridjan dipercayai ditemui mati di dalam rumahnya di kaki gunung berapi itu dekat sini dalam keadaan sujud.
Jenazah itu ditemui keadaan sujud dan mengadap kiblat dan kini ditempatkan di Hospital Sandjito.
Doktor hospital berkenaan, Kresno Heru Nugroho berkata, ciri-ciri fizikal mayat itu sama dengan Mbah Maridjan.
Pakaiannya juga, kata beliau adalah sama dengan yang diberi gambaran oleh keluarga warga emas itu.
Bagaimanapun jelas doktor berkenaan pengesahan hanya dapat dibuat apabila selesai ujian DNA.
Masyarakat Jawa mempercayai jurukunci merupakan orang perantaraan roh gunung berapi dengan masyarakat. - Utusan